BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 27, 2009

Thursday, March 26, 2009

soalan Imam Al-Ghazali

Soalan Imam Al-Ghazali kpd muridnya :
Apa yg paling dekat dgn dunia ini?
Sesungguhnya kematian yang paling dekat kerana mati pasti bg setiap makhluk bernyawa adalah janji drpd Allah s.w.t. dan ianya pasti akan tiba.
Apa yang paling jauh drpd diri kita di dunia ini?
Masa lalu sangat jauh, kerana walau apapun kenderaan yang kita naiki ia tetap tidak dapat membawa kita kembali ke masa lalu. Oleh itu ia sangat jauh dan kita harus menjaga supaya perbuatan perbuatan setiap ketika sesuai dgn ajaran ISLAM.
Apakah yang besar di dunia ini?
Perkara yang paling besar di dunia ini adalah nafsu, ia berada di dlm diri begitu besar untuk mengawalnya.
Apa yang paling berat dlm dunia ini?
Sesungguhnya yang palin berat di dunia ini adalah AMANAH kerana semua makhluk ALLAH tidak mahu menerima amanah untuk menjadi khalifah di muka bumi kecuali manusia tetapi betapa ramai amnusia masuk neraka kerana tidak dapat melaksanakan amanahnya.
(Al Ahzab-27)