BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 27, 2011

Ya Allah.. perbaikilah diri ku, dan kekalkanlah aku dlm kebaikan.

Jangan kita menganggap hidup ini hanya untuk menyelesaikan masalah. Pegangan kita adalah islam, tuhan kita adalah Allah. tukarkan perkataan masalah kepada ujian Allah, InsyaAllah.. Allah pasti bersama. Banyakkan muhasabah diri, dalam surah Al-Baqarah, ayat akhir, Allah berfirman : "Allah takkan uji dgn beban yg tak mampu manusia pikul". Banyakkan berdoa dan bersangka baik. Allah sedetik pun tak pernah meninggalkan kita, tapi tanye diri kita setinggi mana Allah di hati kita?
Ya Allah, peliharalah diri ini dan org2 yg aku sayangi..
Ya Allah, pelihara kami dr kejahilan agama Mu..
Ya Allah, berikan kami ilmu dan berikan kami kekuatan iman agar dapat kami beramal.

Saturday, April 10, 2010

Amalan Qiamullail

Amalan Qiamullail
• Solat sunat terutama solat tahajud
o Solat tahajud ketika qiamullail penting kerana solat tahajud hanya boleh dilakukan pada waktu malam.
• Membaca Al-Quran dengan tertib
o Selami isinya, hayati maknanya, renungkan maksudnya dan amalkan perintah-perintahnya.
o Aisyah pernah melihat Rasulullah membaca Al-Quran dalam solat tahajud dengan perlahan hingga surah yang dibacanya menjadi lama daripada biasa.
• Zikrullah
o Solat mempunyai dua asas iaitu doa dan zikir.
o “Orang yang beriman, hati mereka tenang kerana mengingat Allah kerana hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.(Ar-Ra’d :28)
• Tawakkal
o Tawakkal bukanlah bererti bersikap positif dengan cara berdiam diri dan memeluk tubuh. Tawakkal adalah penyerahan yang melahirkan dinamik dan gerak.
• Sabar
o “Sesungguhnya, kami menguji mereka dengan pelbagai bentuk ujian seperti ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta. Sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.”(Al-Baqarah:155)
• Hijrah
o Setelah istiqamah melakukan qiamullail pasti ada perubahan kepada sifat mahmudah

Saturday, June 20, 2009

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan usil dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah karena fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan shalat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyak silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan
70. Jangan melukai hati orang lain; 71. Jangan membiasakan berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu; 90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita negatif yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Saturday, May 30, 2009

UNTOK RENUNGAN BERSAMA..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi.. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah
Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Wednesday, May 20, 2009

Apabila Bangun dari tidur..

Dari Abu Hurairah r.a. disampaikan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda , :
apabila salah seorang dari kamu tidur, syaitan akan mengikanya dengan 3 ikatan seraya berkata bagimu malam yang panjang maka tidurlah. ( ketiga-tiga ikatan tersebut menjadikan dia terlelap dalam tidurnya sepanjang malam ). Akan tetapi dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, maka terpisahlah ikatan pertama. Kemudian apabila dia berwuduk , maka terlepas ikatan kedua, dan akhirnya jika dia melakukan solat (subuh), maka terlepaslah ketiga-tiga ikatan. Pada pagi itu harinya penuh bersemangat. Akan tetapi tetapi jika dia tidur sehingga subuh, maka pada pagi harinya jiwanya akan kotor dan menjadikan dirinya malas.

Wednesday, April 22, 2009

10 tips meraih cinta Allah s.w.t.

10 TIPS MERAIH CINTA ALLAH S.W.T.

1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri pada Allah dengan solat sunat setelah mengutamakan solat wajib.
3. Selalu berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan, dan perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah dalam segala keadaan.
5. Menanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan memahami maknanya.
6. Bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang telah ditentukan olehNya.
7. Sentiasa tawadduk (rendah diri) kepada Allah.
8. Selalu bangun malam untuk beribadah, bermunajat dan membaca kitab suciNya.
9. Banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh juga mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
10. Jangan mendekati perkara-perkara yang menyebabkan kita lalai dari mengigati Allah s.w.t.

Friday, April 17, 2009

7 Zikir Dalam 7 Keadaan.

ZIKIR DALAM 7 KEADAAN.
Seorang ahli zikir, Asy-syaikh Al-Faqiih Al-Laithi pernah berkata : ‘sesiapa yg memelihara (selalu mempergunakan ) tujuh aneka kalimah berikut yang digunakan dalam 7 keadaan , maka InsyaAllah akan tergolong kalangan mulia menurut pandangan Allah dan para malaikatNya, dan Allah akan terus mengampuni dosanya sekalipun bak buih lautan luas, seterusnya dia akan termasuk orang yg memperoleh kemanisan iman InsyaAllah juga mendapat keredhaan pada hidup dan matinya.
7 kalimah itu adalah :
1. Bismillahhirrahmannirahim.
# Ketika memulai sesuatu perkara yang baik.
2. Alhamdulillahhirabbila’lamin.
# Ketika sudah selesai sesuatub perkara yang baik.
3. Astghfirullahhala’zin.
# Ketika melakukan perbuatan yang dosa dan sia-sia.
4. InsyaAllah.
# Ketika hendak berjanji atau melakukan sesuatu kerja.
5. LahaulawalaQuwwatailbilah.
# Ketika mengahadapi sesuatu kerja yg agk sukar,
6. Innalillahiwainnalillahirajiu’n.
# Ketika ditimpa sesuatu dugaan.
7. Lailahaillah, muhammadurrasullah.
# Setiap masa.. siang dan malam.. susah dan senang..
* Selamat beramal.... J *