BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 10, 2010

Amalan Qiamullail

Amalan Qiamullail
• Solat sunat terutama solat tahajud
o Solat tahajud ketika qiamullail penting kerana solat tahajud hanya boleh dilakukan pada waktu malam.
• Membaca Al-Quran dengan tertib
o Selami isinya, hayati maknanya, renungkan maksudnya dan amalkan perintah-perintahnya.
o Aisyah pernah melihat Rasulullah membaca Al-Quran dalam solat tahajud dengan perlahan hingga surah yang dibacanya menjadi lama daripada biasa.
• Zikrullah
o Solat mempunyai dua asas iaitu doa dan zikir.
o “Orang yang beriman, hati mereka tenang kerana mengingat Allah kerana hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.(Ar-Ra’d :28)
• Tawakkal
o Tawakkal bukanlah bererti bersikap positif dengan cara berdiam diri dan memeluk tubuh. Tawakkal adalah penyerahan yang melahirkan dinamik dan gerak.
• Sabar
o “Sesungguhnya, kami menguji mereka dengan pelbagai bentuk ujian seperti ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta. Sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.”(Al-Baqarah:155)
• Hijrah
o Setelah istiqamah melakukan qiamullail pasti ada perubahan kepada sifat mahmudah